Wednesday, December 2, 2009

24...

Nothing much to say on ur special day.. just wanna wish u all da best in wuteva u do and may happiness is always witchoo...



Happy besdei my kazumarella.. and thank you for loving me..

Rokok oh Rokok

Perbelanjaan aku utk bulan November, menampakkan berlaku pembaziran pada yg tak sepatutnya.. Dan yg paling ketara.. rokok!!.. Mengikut perangkaan dan statistik yg aku sendiri catitkan dalam note aku. Aku membeli sebanyak 33 kotak dunhill besar sepanjang november yg kalau ditukar kepada RM menjadi rm306.90. Utk Movie sebanyak rm145.00 dan utk dobi rm59.00, komik bulan november tak banyak, cuma rm12.80 jer. Dan kesemua itu menjadikannya rm523.40 yg pada pendapat aku sangat membazir.

Persoalannya, bagaimana aku nak kurangkan antara yg 4 nie? Dobi? .. takleh nk elak sebab aku memang jenis yg tak rajin nak membasuh sendiri. Komik? aku bercadang utk berhenti beli kreko dan cuma menumpukan pada siri2 yg menjadi collection jer. Movie? akan aku pertimbangkan utk kurangkan. Rokok? Kalau boleh aku nak benti terus :( tp..
argghhh!!!!!!!!!!!!! Bila nikotin tader lam badan.. rasa cam lumpuh kejap. Tak keruan, will power aku utk benti mokok nie tak cukup kuat. Frankly speaking, aku perlukan bantuan utk hentikan tabiat aku nie.

Kadang2.. aku tension, dah la income tak seberapa tapi abiskan pada menda yg tak berfaedah. Haihh..

Besok..

Besok..
Macam biasa aku akan kerja stengah hari.
Mungkin akan ke Alamanda utk bermovie marathon.
Bersiap sedia mempersiapkan barang dan diri.
Juga nikotin yg merosakkan berkaton katon.

Besok..
Akan berangkat ke Labuan Sabah utk 3 hari.
Sambut besdei si dia dulu sebelum pergi.
Tanak nanti dah sampai sana si dia gigit jari.
Mengenangkan aku yg tau2 jer dah pergi.

Besok..
Rombongan Cik Kiah membuat lawatan.
Jauh ke Labuan merehatkan diri.
Tenang melihat keindahan dan hutan.
Dalam mencari dan mengenal erti diri.

Sekian..

Sunday, November 29, 2009

Mutiara Kata...

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu. Bila DIA Lambat Makbulkan Doamu, Maka DIA Ingin mengujimu. Bila DIA tidak makbulkan Doamu, maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun...Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.

Friday, November 27, 2009

Ntahapaapantah

Ada masa keburingan itu melanda, sampai tatau nak buat apa menda, kalau dulu dah tentu aku dok melayan main kuda, tapi la nie dah insaf suma menda tu dah takda.

Semalam..raya aji suda berlalu, malam seblom tu dok hang out ngan geng yg sebulu, dok layan movie sampai tak ingat masa yg berlalu, sudahnya layan citer yg brutal darah memancut melulu lulu.

Bulan 11 tinggal brapa hari jer lagi, sedar tak sedar banyak masa yg berlalu pergi, kadang2 aku tersenyum sorang sampai nampak gigi, walaupun apa yg kurancang sebenarnya masih banyak yg tak menjadi lagi.

Sebulan sikit jer lagi dah nak tahun baru, tapi aku masih dok usik rambut tergaru-garu, apa yg aku rancangkan aku tanak terburu-buru, takut sudahnya nanti aku yg miss soru.

Sekian sudah waktu merepekku, baik aku buat menda lain takpun baca buku, buat anda suma kengkawanku, doakan yg terbaik selalu buat diriku..

Assalamualaikum...

Saturday, November 21, 2009

Aku..

Maaf.. ini sekadar aku yg perasan.. kembali ke daerah 80-an yg tak pernah ku bosan. Walau dari dulu orang tua ku pernah berpesan. Sesama manusia berbaiklah sangka dan berbelas kasihan.




Kunun2 ala-ala 21 Jump Street .. takleh blah btol :))

Kehidupan.

Lelaki ini,
Kadangkala fikirannya bukan hanya kau dan aku,
Kerna kadangkala terdapat kehidupan ditengahnya,
Andai hidup ini hanya kau dan aku,
Maka perlukah aku abaikan kehidupan?

Lelaki ini,
Mencari kehidupan dari yg tak tersangka,
Bukan utk melupa juga bukan utk persia,
Tapi utk kau dan aku,
Utk kehidupan yg ada di antara kita.

Buat Gadis,
Maaf andai terasa dipersia,
Bukan maksud diperluka segala,
Tapi harus difahami,
Aku ini lelaki yg mahu merobah kehidupan.

Buat jiwa,
Keutuhanmu yg slalu ku tagih,
Bukan cuma buat meracau jiwa,
Yg kadangkala sedikit tercuit terseksa,
Kerna kehidupan itu hanya sebuah kehidupan,
Yg akhirnya bisa membahgiakan kau dan aku.

Kuatkanlah hatimu..
p/s : hanya utk yg sorang...